Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) akan menyambut ulang tahun penubuhan ke-50 pada tahun 2023.
Sepanjang perjalanan hampir separuh abad ini, PERMIM sebagai badan induk telah mengabungkan hampir keseluruhan badan bukan kerajaan (NGO) India Muslim di Malaysia.
Pelbagai kejayaan telah dicapai di bawah kepimpinan seramai sembilan (9) orang Presiden yang terdahulu. Mereka telah meletakkan PERMIM di landasan yang baik dengan asas yang kukuh.
Tanggungjawab yang digalas sebagai Presiden ke-10 PERMIM, adalah amanah yang akan saya dukung bersama rakan-rakan di dalam Majlis Jawatan Kuasa PERMIM.
Antara fokus utama PERMIM untuk melangkah kehadapan ialah:
i) Isu kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam
ii) Pelan Pembangunan Sosio Ekonomi 2022- 2026
iii) Pembangunan Belia
iv) Pemerkasaan peranan Wanita; dan
v) Keusahawanan
PERMIM akan terus membela kebajikan masyarakat India Muslim di negara ini agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Jalinan kerjasama dengan pihak Kerajaan, Majlis-majlis agama Islam Negeri serta NGO-NGO yang lain akan diperkasakan.
Saya yakin, dengan sokongan dan dorongan daripada semua pemegang taruh, In sha Allah PERMIM akan meneruskan peranan sebagai wadah pembangunan negara.
