Assalamualaikum Wr Wb

Jumma Mubarak and please remember to recite or listen Sura Al-Kahf before Asar Prayer

MOHON SUMBANGAN UNTUK TABUNG SOSIO-EKONOMI PERMIM DAN PROGRAM SANTUNAN KASIH (BHR)

Objektif TABUNG SOSIO-EKONOMI PERMIM ini adalah untuk Merancang Pembangunan Sosio-ekonomi secara komprehensif ke arah ketumbuhan mampan dan inklusif. Selain itu, program Bantuan ini juga akan mengoptimumkan penggunaan sumber kewangan melalui pengagihan peruntukan secara berkesan untuk manfaat komuniti keseluruhan.

BERIKUT ADALAH STATISTIK IMPAK POSITIF DANA SOSIO-EKONOMI PERMIM

  1. RM80,000 telah dikeluarkan untuk membantu Komuniti India Muslim yang terkesan ketika COVID
  2. RM50,000 telah dikeluarkan untuk membantu Mangsa Banjir Komuniti India Muslim
  3. Seramai 150-160 (dari tahun 2014 hingga 2024) usahawan mikro dikalangan asnaf, ibu tunggal dan B40 telah berjaya dibentuk dan mendapat manfaat ini
  4. RM313,620 (dari tahun 2014 Hingga 2024) telah dikeluarkan untuk membantu Peniaga Peniaga Mikro Masyarakat India Muslim
  5. Bantuan-bantuan Peralatan Untuk Memulakan Perniagaan Baru telah diwujudkan untuk menggalakkan minati Komuniti India Muslim untuk menceburi bidang Perniagaan dan menaikkan taraf sosioekonomi
  6. Pelajar-pelajar India Muslim yang dalam Kategori Asnaf dan B40 teleh diberi bantuan wang tunai sebagai bantuan awalan untuk pembelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah di semua institut Pendidikan di Malaysia. Seramai 97 pelajar India Muslim (dari tahun 2020 hingga 2024) telah mendapat manfaat ini, sebanyak RM121,796 dari Dana Sosio-Ekonomi PERMIM telah dibelanjakan untuk tujuan ini.
  7. Biro Sosio-Ekonomi PERMIM telah menggunakan dana sebanyak RM99,496 untuk memberi pertolongan Kecemasan Kesihatan, Bantuan melangsungkan kehidupan Asnaf, B40 dan Saudara Baru (Muallaf).

Selain daripada itu, setiap kali seseorang hamba menginfakkan hartanya, Allah SWT
memberikan kurnia kepadanya berupa kesihatan jasmani, ketenangan batin dan keluasan rezeki.

Kami memohon kepada para dermawan yang dihormati yang ingin menghulurkan bantuan untuk tabung sosio-ekonomi PERMIM, boleh bankin terus ke akaun Bank PERMIM seperti berikut

Bank : Public Bank Islamic
No Akaun : 3820597230
Nama Akaun : PERMIM

Ref : Nama penyumbang
Butiran lain: SOSIO-EKONOMI PERMIM 2025

Semoga Allah SWT memberkati Dan Rahmati Kita Semua.

JazakAllahu Khairan

Kaliruzzaman Bin Amanullah
Naib Presiden PERMIM
Ketua Biro Sosio-Ekonomi PERMIM